Sunday, June 2, 2024

Terima Kasih Tuhanku

    Alhamdulillah. Pada tahun 2024 ini, tuhan masih panjangkan lagi umurku. Mungkin tuhan ingin aku beribadah yang lebih lagi seperti nikmat yang sentiasa ada untuk diriku dan keluarga kecilku. Alhamdulillah, tuhan itu Maha Baik sehingga tiada kata mampu kuucapkan selain mengucap Alhamdulillah dan kubalas dengan ibadah yang tidak seberapa ini.

Terima kasih tuhanku kerana sentiasa memberikan aku rezeki yang selalu aku pohon dari zaman kecilku sehinggaku tumbuh menjadi seorang wanita dewasa. Tidak aku sangka pada usia 26 tahun ini, tuhanku menjawab segala doa-doaku yang penuh dengan tangisan selama ini sehingga bila aku berjaya, tiada setitis air mata pun keluar kecuali rasa syukurku kepadaMu ya rabb.

Semoga dengan kerjaya baru ini, segala ilmu yang Engkau pinjamkan kepadaku, kusalurkan pula kepada anak didikku dengan baik dan lembut. Kumohon agar dipinjamkan lagi ilmuMu yang begitu luas dan setiap tutur bicaraku dilembutkan agar mereka yang mendengarnya boleh lebih memahami dengan baik.

Segala puji bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam.
Terima kasih tuhanku. Sungguh, hambaMu ini sentiasa mensyukuri segala nikmatMu.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Tuhanku

    Alhamdulillah. Pada tahun 2024 ini, tuhan masih panjangkan lagi umurku. Mungkin tuhan ingin aku beribadah yang lebih lagi seperti nikmat...